Monday, 17 October 2011

Syarat & Rukun Solat


Setiap orang yang beriman mesti melaksanakan ibadah solat. Ini kerana dengan melakukan solat ianya dapat mencegah perkara fahsya’ dan mungkar. Pensyariatan solat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama adalah selaras dengan tuntutan fitrah manusia.

Tujuan utama syariat diturunkan adalah merangkumi lima perkara pokok iaitu bertujuan menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga nyawa. Dikhabarkan terdapat suatu kisah di zaman Rasulullah SAW terdapat seorang sahabat yang baru memeluk Islam. Hobi utama sahabat tersebut sebelum memeluk Islam adalah berzina, lalu setelah memeluk Islam beliau meminta izin dari Rasulullah SAW agar memberikan pelepasan kepadanya meneruskan hobi lamanya berzina. Lalu Rasulullah SAW menanyakan kepadanya adakah dia suka kalau orang berzina dengan adik beradik perempuannya? Jawapannya tidak. Ditambah lagi adakah suka jika orang berzina dengan anak perempuannya? Jawabnya tidak, jika orang berzina dengan isteri? Tidak, berzina dengan ibunya? Tidak. Begitulah jawapan lelaki tersebut walaupun dia suka berzina tetapi akal yang warasnya tidak menyukai jika ada orang yang berzina dengan kaum kerabatnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah manusia sememangnya tidak menyukai kepada benda-benda yang buruk. Semestinya juga fitrah manusia menyukai kepada benda-benda baik dan berguna seumpama zikir.

Zikir dibahagikan kepada dua dimensi, satunya yang bersifat dalaman yang mana hati sentiasa mengingati Allah SWT. Manakala demensi yang kedua adalah bersifat zahir yang sering diucap dan dilafazkan dengan kalimah-kalimah mulia seperti لا إله إلا الله  ataupun yang seumpamanya.

Kembali semula kepada solat, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat. Disini terdapat dua maksud hadith ini berkaitan dengan lihat, pertamanya melihat secara zahir dengan mata kepala perlakuan solat  Nabi. Keduanya adalah melihat dengan mata hati melalui pembelajaran dan kefahaman yang jitu. Ini kerana solat itu merupakan perkara yang besar dan tuntutan yang utama di dalam Islam.

Bagi perlaksanaan solat yang sempurna hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut;
1.                          Mesti memenuhi syarat, syarat ialah merupakan perkara yang kekal bermula dari awal solat sehinggalah selesai. Ianya jika dinisbahkan kepada manusia umpama ruh, jika tiada ruh manusia tidak akan hidup. Contoh syarat solat ialah Islam dan berwudhuk.
2.                          Perlu melaksanakan rukun, rukun ialah perkara yang tidak kekal keadaannya di dalam solat. Ianya diumpamakan seperti kepala dan tubuh manusia dan contoh rukun ialah niat dan bacaan surah al-Fatihah.
3.                          Memenuhi tuntutan sunat ab’ad iaitu diibaratkan sebagai anggota badan, walaupun ada kepala dan tubuh tetapi manusia tidak sempurna tanpa anggota badan. Contohnya seperti bacaan semasa rukuk dan sujud.
4.                          Meliputi perkara sunat haiat yang diibaratkan seperti kumis bagi lelaki. Contohnya dalam solat ialah bacaan tiga kali bagi rukuk dan sujud.

Kuliah maghrib Ustaz Nazir Zakaria 22 Mac 2010.

Sunday, 16 October 2011

BORANG PENYERTAAN IBADAH QURBAN 1432H/2011M


Lampiran

SURAU AL-MUJAHIDDIN TAMAN DESA SURADA
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
(NO. PENDAFTARAN  178/HL)
BORANG PENYERTAAN IBADAH QURBAN  1432H/2011M


Nama              :__________________________________________
Alamat             :__________________________________________          
Telefon            :__________________________________________  


Saya bersetuju untuk menyertai …… bahagian qurban pada tahun ini beserta tanggungan saperti dibawah. Bersama ini saya sertakan Wang Tunai / Cek berjumlah RM……………..untuk tindakan tuan selanjutnya.

***Cek hendaklah ditulis atas nama Surau Al-Mujahidin Surada

( Bayaran untuk satu (1) bahagian Qurban adalah RM380.00 )


Sila tandakan (x)

            Qurban di Desa Surada                     Qurban diluar Surada (Kedah, Sabah dll)

Senarai peserta Qurban

Bil
Nama
Bahagian
Hubungan
1




2




3




4




5




6




7





Saya bersetuju untuk menambah sekiranya wang ini tidak mencukupi dan bersetuju untuk menyerahkan kepada tabung surau sekiranya ada lebihan wang.

Sila tandakan (x)


 

                  Saya akan mengambil bahagian daging qurban saya.
                  Saya TIDAK akan mengambil bahagian daging qurban saya.  
                    

 

 

A.   LAFAZ PEMBELIAN

Lafaz Pengakuan* Diri / Wakil


Dengan ikhlas hati bahawa saya,........................................................ dengan ini mewakilkan kepada Urusetia Qurban bagi *diri saya /anak saya / ibubapa / isteri / saudara mara saya / kawan saya untuk pembelian haiwan Qurban.


B.   LAFAZ PENYEMBELIHAN

Lafaz Pengakuan* Diri / Wakil.


Bahawa saya, …………………………………………………… mewakili **……………………………dan penama diatas untuk penyembelihan  Qurban bagi *diri saya /anak saya / ibubapa / isteri / saudara mara saya / kawan saya kerana Allah Ta’ala untuk menyembelih haiwan Qurban.

(Peserta disunatkan untuk datang dan menyaksikan sendiri sembelihan qurbannya dan membaca lafaz ini didepan tukang sembelih)




Tandatangan: ___________________  Tarikh: ________________
                  
                   (……………………………………)


*      potong yang tidak berkenaan
**    Tukang sembelih ( 1. Imam Shukur b. Atan     2. Hj. Khadri  b. Hj Ahmad )

IBADAH QURBAN, SURAU AL-MUJAHIDDIN TMN. DESA SURADA 1432H / 2011M


 

SURAU AL-MUJAHIDDIN TMN. DESA SURADA
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
(NO. PENDAFTARAN: 178/HL)
Rujukan: SDS

14hb  Oktober 2011
16 Zulkaedah 1432H

Kepada

Warga Taman Desa Surada


Tuan/puan,


IBADAH QURBAN  ANJURAN SURAU AL-MUJAHIDDIN TMN. DESA SURADA 1432H / 2011M

Adalah dijangkakan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, 06 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432. Jawatankuasa Surau Al-Mujahiddin Taman Desa Surada merancang untuk menganjurkan majlis Qurban pada tarikh tersebut.

2.       Ahli Jawatankuasa Surau mengalu-alukan penyertaan dari ahli qariah untuk mengambil bahagian program Qurban tersebut. Penyertaan hendaklah dengan mengisi borang seperti dilampirkan.

3.       Harga bagi satu bahagian haiwan Qurban (lembu) ialah RM380.00 (Ringgit Tiga Ratus Lapan Puluh Sahaja). Borang dan bayaran hendaklah diserahkan kepada Urusetia Qurban selewat-lewatnya 1hb November 2011.   

4.       Senarai Urusetia Ibadah Qurban:



Nama
Jawatan
Alamat
No. tel
En Azam bin Hamzah
Pengarah
07, jln 08 Tmn Desa Surada
0133464280
Tn Hj Syed Ahmad Fikri
Timb Pengarah
18, jln 02 Tmn Desa Surada
0183737228
En Idris bin Johari
Setiausaha
48, jln 13 Tmn Desa Surada
0133455163
Hj. Baharom b. Mansor
Pen. S/U
05, jln 06 Tmn Desa Surada
0192832449
YM Raja Raimi
Bendahari
04, jln 06 Tmn Desa Surada
0192792676
Ustaz Shukor bin Atan
Penyembelih
48, jln 12 Tmn Desa Surada
0192578694
Hj Khadri bin Hj Ahmad
Penyembelih
14, Jln 03,Tmn Desa Surada
0126740024





5.       Urusetia akan menguruskan Qurban peserta yang memilih mengadakan Qurban diluar kawasan Desa Surada seperti di Kedah/Sabah mengikut keperluan.

6.       Tuan/Puan dijemput hadir pada hari Qurban untuk mengambil agihan daging Qurban.

Kehadiran dan penyertaan tuan/puan amatlah dihargai bagi mengimarahkan ibadah Qurban, semoga diberkati dan diterima oleh Allah SWT.

           Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK ISLAM KERANA ALLAH”


Yang benar,





Hj Baharom bin Mansor
Setiausaha
Surau Al-Mujahidin
Taman Desa Surada.




s.k
Pengerusi Surau
(Ustaz Muhamad Shukor bin Atan)

Wednesday, 12 October 2011

Alam Ruh

Semua benda yang berlaku pada manusia sama ada ianya bersifat ta’akul (rasional) yang boleh dikaitkan dengan pemikiran manusia dan kadang kala ada yang bersifat ta’abbud (patuh dan buat tanpa perlu persoalan). Ianya seumpama ibadah solat tidak perlu kita bertanya dan memikirkan kenapa Allah SWT mewajibkan lima kali sehari serta kenapa subuh dua rakaat dan isya’ empat rakaat. Kewajipan kepada kita adalah terima dan melaksanakannya.

Namun manusia di zaman kini benyak terdorong kepada penggunaan akal dalam mencari sebab musabbab sesuatu perkara. Hasilnya manusia lebih banyak berpersepsi daripada realiti sebenar yang berlaku. Inilah yang sepatutnya dielakkan terutamanya apabila membincangkan soal yang bersifat sam’iyyat.

Antara perkara sam’iyyat ialah alam ruh. Terdapat beberapa pandangan berkaitan kemana ditempatkan ruh setelah matinya seseorang manusia. Di sini diambil beberapa pendapat tentangnya;

  1. Pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Syafie dan Ibnu Kathir; ruh orang beriman, para nabi dan syuhada’ berada di syurga. Manakala ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka.
  2. Pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazair; ruh orang beriman ditempatkan di langit ‘ulya manakala orang kafir berada di lapisan bumi yang paling bawah iaitu sijjin.
  3. Pendapat sekumpulan ulama’ dan Imam al-Badawi; ruh orang beriman di halaman kubur masing-masing dan dilapangkan kubur mereka kecuali orang mati syahid ditempatkan di syurga. Ruh orang kafir ditempatkan di lapisan bumi yang paling bawah iaitu sijjin. Imam Mujahid menambah selepas seminggu ruh orang mukmin akan ditempatkan di tempat yang lain.
  4. Pendapat lain mengatakan ruh akan kembali semula ketempat di mana ia berada sebelum di satukan dengan jasad iaitu di alam ruh itu sendiri.
  5. Pendapat Sulaiman al-Farisi dan Imam Malik; ruh orang yang beriman akan berada di alam barzah dan bebas ke mana-mana.

Wujudnyq perbezaan pendapat berkaitan ditempatkan ruh selepas mati kerana perbezaan dalil yang digunakan. Apa pun yang pasti kedudukan ruh berbeza mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah SWT.

Kuliah Maghrib Prof Madya Dr Kamaruddin Salleh 14 Julai 2010

Monday, 10 October 2011

Terjahan minda jemaah surau

Suatu hari, ada seorang ustaz memberi syarahan tentang bab zalim. Antara banyak-banyak zalim yang disebut tidak ketinggalan huraian tentang kezaliman pihak komunis yang pernah dilakukan ke atas umat Melayu suatu masa dahulu sebelum merdeka.

Hujah yang digunakan ustaz ini bukan merupakan hujah logik semata-mata tetapi diselitkan jua hujah berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith. Kesimpulannya ustaz ini menegaskan bahawa kelakuan komunis suatu masa dahulu ke atas orang Melayu Islam sememangnya zalim yang cukup berat. Walaupun dalam masa yang sama orang Melayu tersebut menjalankan tugas yang diarahkan penjajah, yang pastinya penjajah tersebut juga merupakan non-Muslim.

Dalam banyak-banyak odien yang mendengar syarahan ustaz tersebut ,emgutuk kezaliman komunis, telah bertanya salah seorang dari mereka. " Ustaz bagaimana pula bagi orang yang bukan setakat membunuh dengan menembak orang, tetapi mengebom orang tersebut?". Terpinga-pinga ustaz tersebut mendengar persoalan yang diajukan, bahkan sekelian jamaah yang hadir turut terpinga-pinga.........

Saturday, 8 October 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi singgah di laman blog Surau al-Mujahidin Taman Desa Surada Bandar Baru Bangi.
Setelah sekian lama suara rasmi surau tidak kelihatan mahupun wujud di alam maya ini, insyaAllah akan diimarahkan semula kini. Ini disebabkan blog sebelum ini telah 'diserang' dan dihapuskan di alam maya ini. Apapun insyaAllah dakwah melalui media elektronik tetap akan diteruskan jua.
Akhir kata untuk seketika ini, Surau al-Mujahidin yang masih bertemakan "Peranan Institusi Masjid Nabawi suatu masa dahulu menjadi inspirasi Surau al-Mujahidin, Taman Desa Surada" akan diteruskan. Sekian.